Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) mengagihkan 11 tan daging sejuk beku yang dirampas di pintu sempadan negara kepada Zoo Negara untuk tujuan pelupusan.

Menurut Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee, produk daging sejuk beku itu merupakan rampasan membabitkan kes dari September hingga Oktober 2021.

Selain Zoo Negara, turut menerima sumbangan tersebut ialah Penjara Marang Terengganu, Penjara Penor Kuantan Pahang, Penjara Pengkalan Chepa Kelantan, Penjara Machang, Kelantan, serta wakil dari National Wildlife Rescue Centre (NWRC) Perak.

Datuk Seri Dr. Ronald berharap agar sumbangan ini dapat membantu meringankan beban pihak terlibat dalam menampung sumber bekalan makanan haiwan dan ternakan ikan di bawah seliaan mereka.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini