Majlis Amanah Rakyat (MARA) merancang untuk memperluaskan kerjasama strategik dengan universiti luar negara dalam bidang baharu bagi pengajian pelajar tajaannya.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, ia melibatkan universiti yang berada di kedudukan terbaik dunia termasuk University of Manchester (UoM) United Kingdom (UK) yang berada di kedudukan ke-35 dunia.

Datuk Seri Mahdzir kini berada di UK bagi lawatan kerja rasmi turut disertai Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Ramlan Harun serta Ketua Pengarah MARA Datuk Azhar Abdul Manaf.  

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini