93 pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) selesai menjalani program Get Ready For University (GEAR UP) anjuran MARA dengan kerjasama Universiti UCSI.

Pengarah MARA Negeri Sembilan, Zahrail Affenday Mohamed berkata, program itu melibatkan kerjasama strategik dengan universiti tempatan bagi membekalkan pelajar dengan ilmu persediaan memasuki universiti.

Pelajar terlibat akan dilatih untuk menguasai Bahasa Inggeris, tip pengucapan, mengasah bakat kepimpinan serta pengenalan asas perubatan.

Beliau ditemui pada Majlis Penutup Program Gear Up di Port Dickson.

Program itu akan diteruskan secara percuma dan terbuka kepada semua pelajar lepasan SPM.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini