Majlis Amanah Rakyat MARA telah membantu membiayai lebih 6300 usahawan dalam bidang automotif sejak tahun 2011 sehingga kini. Manakala 778 usahawan automotif telah menerima kemudahan premis. Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Harun berkata permintaan pembiayaan dalam sektor automotif tahun ini meningkat 126 peratus melebihi sasaran bagi program usahawan teknikal. Antara skim pembiayaan perniagaan Mara yang ditawar untuk bidang automatif secara keseluruhannya bagi tahun ini berjumlah RM10.1 Juta dan RM5 Juta diagihkan di bawah Skim Mara Integrated Smart Auto.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini