Gara-gara ingin menghalau seekor ular, seorang penduduk di Maryland, Amerika Syarikat tidak sengaja membakar kediamannya yang bernilai 1.8 juta dolar atau RM7.61 juta.

Dalam kejadian itu, dia memberitahu cuba menghalau ular berkenaan menggunakan asap dari bara api.

Pegawai penyiasat berkata, kebakaran tercetus selepas pemilik itu tanpa sedar meletakkan bara api terlalu dekat dengan bahan mudah bakar lalu mencetuskan kebakaran besar.

Kebakaran bermula di ruang bawah tanah sebelum merebak ke seluruh bahagian rumah.

Insiden tidak melibatkan sebarang nyawa dan kecederaan.

Nasib ular berkenaan juga tidak diketahui.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini