Majlis Daerah Maran memperoleh peruntukan RM317,000 bagi melaksanakan Program Bandar Selamat (PBS) bagi tahun 2022.

Program bertujuan mewujudkan persekitaran yang lebih selamat menerusi usaha mengurangkan kadar jenayah meliputi penyediaan komponen Crime Prevention Environmental Design bersesuaian keselamatan komuniti atau penduduk.

Timbalan Menteri, Kementerian Perumahan dan Kerajaan tempatan (KPKT), Datuk Seri Dr Ismail Muttalib berkata, turut diperkenal adalah Inisiatif Pemutihan Kawasan Blackspot  bagi meningkatkan rasa selamat dalam kalangan orang awam. 

Tambahnya, inisiatif mula dilaksanakan pada 2013 dan penetapan kawasan blackspot dibuat pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan persetujuan polis dan diperakui Mesyuarat Majlis Penuh PBT.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Pasca Syawal bersama pertubuhan bukan kerajaan dan Meraikan Bakal Haji 2022 di Maran, Pahang.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini