Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) menjalinkan kerjasama dengan pengeluar komponen EP Manufacturing Bhd dan Pecca Group Bhd untuk membangunkan teknologi pengeluaran kenderaan elektrik (EV).

Ia sebagai respons positif pemain industri automotif terhadap seruan kerajaan untuk memacu sektor itu ke arah tenaga elektrik. Ketua Pegawai Eksekutif MARii, Datuk Madani Sahari berkata, kerjasama itu akan menyaksikan pengeluar komponen berkenaan menceburi pengeluaran dan penempatan EV dua roda dan empat roda.

Selain itu, pembangunan rangkaian pengecasan termasuk aplikasi ekosistem penghantaran sekaligus menawarkan produk yang lebih kompetitif kepada jenama global. Katanya, ramai peniaga automotif menunjukkan minat untuk bekerjasama dengan agensi kerajaan, setakat ini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini