Itali bakal memilih pemimpin tertinggi negara itu 24 Januari ini.

Perdana Menteri; Mario Draghi yang merupakan calon disukai ramai dijangka menang jawatan presiden.

Pengumuman tarikh pemilihan itu dibuat parlimen selepas penyandang sedia ada; Sergio Mattarella akan menamatkan penggal tujuh tahunnya 3 Februari nanti.

Pemilihan akan melibatkan undian wakil parlimen dan dewan undangan negeri.

Tiada calon rasmi diumum bagi menggantikan Mattarella.

Namun Perdana Menteri yang juga bekas Ketua Bank Pusat Eropah diramal jadi calon pilihan.

Selain Draghi, bekas Perdana Menteri dan taikun media; Silvio Berlusconi juga dijangka mencalonkan diri.

Turut diramal merebut jawatan itu; bekas yang dipertua dewan rakyat; Ferdinando Casini, Pesuruhjaya Kesatuan Eropah; Paolo Gentiloni dan Menteri Keadilan; Marta Cartabia.

Jawatan presiden bakal ditentukan menerusi undi rahsia oleh seribu senator dan ADUN.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini