Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Zon Maritim Batu Pahat berjaya merampas 30 bungkusan dadah jenis Syabu seberat 49 kilogram, bernilai hampir RM2 juta, dalam serbuan di Jeti Nelayan Parit Jawa, Muar, semalam. Turut ditangkap dua nelayan tempatan berusia 45 dan 48 tahun.

Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, serbuan dilakukan pada pukul tujuh malam itu, ketika kedua-dua suspek sedang menyelusuri masuk jeti berkenaan.

Selain dadah, turut dirampas dua bot nelayan, enjin, telefon dan wang tunai. Kes disiasat mengikut seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini