Maritim Malaysia Terengganu menahan sebuah bot asing Vietnam yang menceroboh perairan negara dengan membawa bekalan diesel  di kedudukan 81.3 batu nautika dari Kuala Terengganu. 

Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Terengganu, Komander Maritim Ariffin Ghazali berkata bot berkenaan mungkin berfungsi sebagai bot bekalan minyak kepada bot nelayan asing Vietnam yang menceroboh perairan negara.

Bot beserta tiga kru termasuk tekong ditahan, manakala bekalan diesel lebih 1,500 liter dirampas.
 
Anggaran nilai keseluruhan rampasan sekitar RM1.5 juta.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini