Dua bot tunda ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (MARITIM) Johor di kedudukan 0.7 batu nautika tenggara Tanjung Langsat, Kota Tinggi, enam petang semalam. Kedua-dua bot berdaftar dari Batam itu disyaki menjalankan operasi tanpa kebenaran.

Ia dikendalikan 13 kru warga Indonesia berumur 25 hingga 47 tahun, dan kesemua ditahan ketika sedang menunda kapal tangki. Pengarah Maritim Negeri, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria memaklumkan, pemeriksaan mendapati nakhoda kedua-dua bot terbabit tidak memaklumkan ketibaan mereka.

Selain itu kapal itu juga tidak mempunyai kebenaran menunda daripada Pengarah Laut Malaysia. Kes disiasat mengikut Seksyen 491B (1) (L) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini