Sebuah kapal kargo pukal yang bersauh tanpa kebenaran ditahan Agensi penguatkuasaan Maritim Malaysia, Maritim Malaysia, semalam.
 
Kapal yang berdaftar di Marshall Island itu ditahan 10 batu nautika timur laut Tanjung Penawar, Johor.

Pengarahnya, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, kapal itu dikendalikan 22 kru warga asing berusia 20 hingga 61 tahun.
 
Hasil pemeriksaan, nakhoda kapal gagal memberikan dokumen kebenaran bersauh daripada Pengarah Jabatan Laut.
 
Semua kru ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 491B (1) (L) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini