Operasi Khas Pagar Laut oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, APMM Labuan sudah melakukan 103 pemeriksaan terhadap feri dan bot-bot laju yang beroperasi di wilayah itu. Pengarahnya Kapten Che Adnan Md Isa berkata, operasi dijalankan bagi memastikan keselamatan penumpang yang pulang ke Labuan, selain mengekang aktiviti penyeludupan dan jenayah rentas sempadan. Setakat ini, ke semua bot yang diperiksa mematuhi peraturan manakala ke semua penumpang mempunyai pengenalan diri yang sah. Beliau mengingatkan agar semua pihak memandang serius keselamatan perairan Labuan dan menyarankan orang ramai untuk bekerjasama dengan menyalurkan maklumat jenayah mahupun kecemasan yang berlaku di perairan Labuan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini