Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (MARITIM) Perak merampas sebuah bot fiber bersama 10 set bubu naga di kedudukan kira-kira dua batu nautika barat daya Pulau Talang, Lumut.

Pengarah Maritim Perak Kapten Maritim Shahrizan Raman berkata, kedudukan bubu naga dikesan bot peronda MARITIM di sekitar perairan Pulau Talang.

Bot dikendalikan dua kru warga tempatan bersama 10 set bubu naga diserahkan kepada pegawai penyiasat MARITIM Perak untuk tindakan lanjut.
 
Pemilik bubu naga boleh didakwa di bawah Seksyen 11(3)(c) Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan menggunakan kaedah tidak dibenarkan.
 
Penguatkuasaan terhadap bubu naga dilihat serius kerana sering menerima aduan kedegilan segelintir nelayan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini