MARITIM Malaysia Terengganu berjaya melupuskan 131 bot nelayan Vietnam untuk dijadikan sebagai tukun di sepanjang perairan negeri itu sejak 2010 sehingga kini.

Anggaran nilai bagi bot dan segala peralatan serta hasil adalah RM196.5 juta.

Pengarahnya, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata, kaedah penenggelaman sebagai tukun merupakan satu inisiatif memulihara dan menggalakkan biodiversiti marin. Dalam masa sama turut meningkatkan sektor pelancongan terutamanya aktiviti rekreasi selam.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini