Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Maritim Terengganu berjaya melupuskan 131 bot nelayan Vietnam untuk di jadikan sebagai tukun di sepanjang perairan negeri itu sejak 2010 sehingga kini.
 
Anggaran nilai bagi bot dan segala peralatan serta hasil adalah RM196.5 juta.

Pengarahnya Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata, kaedah enenggelaman sebagai tukun merupakan satu inisiatif memulihara dan menggalakkan biodiversiti marin.

Pada masa yang sama turut meningkatkan sektor pelancongan terutamanya aktiviti rekreasi selam.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini