Kolej Pengajian Islam Johor, MARSAH bakal dinaik taraf sebagai Kolej Universiti Islam Johor tahun ini, dalam usaha meningkatkan jaringan hubungan sosial dengan negara-negara Asia Tengah dan Tenggara.
 
Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad yakin, perubahan status insitusi itu akan dapat melahirkan lebih ramai Da’i, Ulama dan Umara’ di Johor.
 
Kerjasama akademik dan perkongsian maklumat dengan pelbagai institusi dalam dan luar negara amat penting demi memajukan pendidikan Islam di Johor.
 
Jelasnya pada Majlis Konvokesyen MARSAH kali ke-20 di Pusat Islam Iskandar.
 
Seramai 835 graduan berjaya menamatkan pengajian masing-masing bagi sesi kali ini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini