Polis Negeri Sembilan memberi amaran kepada penunggang motosikal berkuasa tinggi yang menggunakan ‘marshal’ atau pengiring ketika berkonvoi supaya tidak berlagak sebagai ‘polis trafik’ sekiranya datang ke negeri itu.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop menegaskan penunggang motosikal berkuasa tinggi tidak dibenarkan menjadi marsyal.

Jelas beliau, mereka tidak mempunyai kuasa untuk menahan, melencong, menghalang apa jua kenderaan di atas jalan raya.

Setakat ini dua insiden berkaitan perkara itu berlaku di Port Dickson.

Insiden terbaharu dipercayai berlaku di sekitar Pasir Panjang, Port Dickson pada Ahad.

Pelaku dalam video tular sedang dikesan polis.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini