Calon kerusi kawasan Dewan Undangan Negeri Tanjung Bidara, Datuk Mas Ermieyati Samsudin  dinamakan sebagai calon Ketua Menteri oleh Perikatan Nasional, PN.

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengumumkan perkara tersebut berkata,  ia pertama kali seorang wanita berkelayakan, profesional, muda mempunyai banyak pengalaman ditawarkan calon Ketua Menteri.

Menurut Tan Sri Muhyiddin, PN sentiasa memberikan peluang kepada sesiapa sahaja tidak kira jantina untuk memegang jawatan yang penting.

Pihaknya juga berharap Melaka dapat dikemudi Ketua menteri wanita yang pertama dalam sejarah negara.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini