Temasya Sukan Paralimpik Tokyo kali ini menyaksikan, selain sukan olahraga yang selalu menyumbang pingat, beberapa acara yang bukan pilihan seperti Boccia dan Para Renang, menampilkan satu prestasi yang agak cemerlang.

Presiden Majlis Paralimpik, MPM, Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin menyatakan, sandaran boleh diletakkan kepada acara- acara tersebut serta muka baharu menjelang edisi di Paris pada 2024.

Untuk itu, Datuk Seri Megat yang juga ketua kontinjen negara memaklumkan, pihaknya akan bekerjasama lebih rapat dengan Majlis Sukan Negara (MSN), terutamanya dalam mengembangkan lagi potensi atlet negara.

Pencapaian atlet muda paralimpik negara di temasya terbesar dunia itu cukup menakjubkan.

Antaranya, atlet Boccia Negara, Chew Wei Lun yang meraih pingat perak serta atlet Renang Para, Brenda Anellia Larry dan Muhammad Nur Syaiful Zulkafli yang berjaya memperbaharui rekod peribadi masing-masing di Tokyo.

Brenda 16 tahun, yang merupakan atlet termuda negara di Jepun, berjaya memecahkan rekod Asia miliknya sendiri dalam acara 50 meter kuak kupu-kupu wanita S5.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini