Penubuhan dana berdaulat di Sarawak amat penting sebagai persediaan memastikan masa depan golongan belia terus terjamin. Ketua Menteri Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata dana berdaulat itu sama seperti di Norway apabila simpanan akan dikumpulkan serta dilaburkan secara profesional.

Beliau berucap di Majlis Perasmian Program Jelajah Belia Mukah. Ujarnya, penglibatan golongan belia dari pelbagai aspek mampu meng-anjakkan Sarawak menjadi bandar yang paling maju pada masa depan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini