Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) membayangkan bakal melakukan beberapa perubahan ke atas skuad bawah 23 tahun negara (B-23) susulan kegagalan dalam beberapa kejohanan besar tahun ini.

Presidennya, Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, satu mesyuarat khas akan diadakan pada Julai ini selepas menerima laporan dari ketua jurulatih, Brad Moloney.

Datuk Hamidin turut menjelaskan, perubahan itu akan dilakukan seperti apa yang telah dilakukan terhadap skuad senior Harimau Malaya.

Sebelum ini skuad B-23 negara gagal memberi impak yang diharapkan apabila pulang awal dalam saingan Piala Asia B-23 di Uzbekistan selain gagal membawa pulang pingat emas di Sukan SEA 2021 Hanoi, baru-baru ini.

Situasi itu mula menimbulkan tanda tanya terhadap masa depan jurulatihnya, Brad Maloney selepas terdapat beberapa desakan supaya pengendali dari Australia itu dipecat susulan kegagalan tersebut.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini