Peruntukan berjumlah RM100 juta bakal diperoleh awal tahun depan bagi menyelesaikan masalah banjir di daerah Baling.

Ia merangkumi kerja-kerja mendalam dan melebarkan sungai sejauh 90 kilometer dan 200 caruk di daerah itu.

Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata pihaknya telah melantik konsultan bagi memberi khidmat nasihat berhubung perkara tersebut.

Setakat ini, pihak Pejabat Ahli Parlimen Baling melalui Khidmat
Sosial Korporat (CSR) telah melakukan kerja-kerja mendalam dan membersih sungai sejauh 49 kilometer menggunakan tiga buah jentera pengorek dan tiga eskavator  yang disewa khas.
 
Ia melibatkan kos RM278,000 untuk tempoh 37 hari. 

Datuk Seri Abdul Azeez bercakap kepada media selepas perasmian Gotong Royong Perdana Pasca Banjir daerah Baling 2021 di Kupang, Baling, Kedah.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini