Masalah banjir kilat yang sering melanda kawasan sekitar kampung di Pauh, Perlis akan segera diatasi melibatkan kerjasama pelbagai pihak.

Tindakan berkenaan akan dilaksanakan pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri dengan kerjasama Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Kerja Raya dan kontraktor yang dilantik. Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man berkata, antara kawasan tumpuan membabitkan Kampung Ulu Pauh, Kampung Felcra Ulu Pauh dan Kampung Jelempok.

Bagi isu di Ulu Pauh, punca utama berlakunya banjir disebabkan lima lubang saliran air yang bermasalah dimana kapasiti air yang besar tidak dapat mengalir dengan sempurna berikutan saluran diliputi semak samun dan mendapan tanah.

Manakala di Kampung Jelempok, pihak Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) akan mengambil tindakan segera dengan membuat laluan serta membersihkan laluan air melibatkan kawasan sawah yang diusahakan pesawah terlibat supaya tidak ditenggelami banjir.

Datuk Seri Azlan menyatakan demikian ketika meninjau lokasi banjir kilat bersama ADUN Pauh, Rozieana Ahmad dan ADUN Guar Sanji, Ridzuan Hashim.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini