Penduduk Kampung Alor Ali di Pendang, Kedah berharap kerajaan dapat memberi perhatian serius untuk menangani masalah banjir yang melanda kampung mereka saban tahun.

Kali ini, kira-kira 30 buah rumah penduduk kampung berkenaan dilanda banjir buat kali kedua tahun ini.

Kebanyakan rumah penduduk di kawasan terbabit, terutama yang terletak di kawasan rendah dan berdekatan parit, dimasuki air hampir satu meter.

Malah sebahagian perkarangan rumah penduduk dikelilingi air menyebabkan mereka terkepung dan tidak dapat keluar.

Menurut mereka, setiap tahun kawasan berkenaan akan dilanda banjir beberapa kali.

Sehingga petang tadi, seramai 139 penduduk melibatkan 35 keluarga dari 10 buah kampung masih ditempatkan di PPS Dewan Rakan Sukan Tanah Merah, Pendang.

Ia melibatkan 108 penduduk dari Kampung Banggol Besi, Kampung Alor Punti, Kampung Tanjung Radin, dan Kampung Tanah Merah Dalam dalam Mukim Guar Kepayang dan 11 penduduk dari Kampung Sukamari dan Kampung Batu 16 dalam Mukim Ayer Puteh itu menyebabkan mereka terpaksa menanggung kerugian yang tinggi akibat kerosakan harta benda.

Kebanyakan penduduk berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara, PPS; rumah ahli keluarga dan sanak saudara terdekat kerana rumah mereka tidak selamat untuk didiami.

Manakala sebahagian lagi memilih untuk kekal di rumah masing-masing.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini