Masalah kekurangan bekalan lembu hidup untuk ibadah korban tahun ini dijangka selesai sebelum Julai.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar, Datuk Dr Norlizan Mohd Noor berkata, bekalan ketika ini hanya mampu menampung sehingga 38,000 ekor dan memerlukan kemasukan lembu import khasnya dari Thailand.

Beliau berkata, beberapa perbincangan telah dijalankan bersama pihak berkuasa Thailand melibatkan perkara teknikal untuk mengimport masuk lembu dari negara itu sebelum Aidiladha.

Menurutnya lagi, tempoh kuarantin ternakan yang hendak dibawa masuk itu juga telah disingkatkan kepada 14 hari.

Beliau berkata demikian selepas lawatan kerja rasmi Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) di Ladang Ayam di Taboh Naning, Alor Gajah, Melaka.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini