Masalah sampah yang menghantui bandaraya Rome bakal diselesaikan dalam masa dua minggu.Jaminan tersebut disuarakan oleh Menteri Alam Sekitar Itali,Sergio Costa,sejurus selepas pertemuan dengan beberapa orang datuk Bandar Rome dan Lazio.Menurut Costa, langkah-langkah pembersihan seperti mengadakan kutipan sampah lebih kerap dan kerjasama orang awam dan syarikat sisa pepejal akan dilakukan lebih kerap. Tujuan kerjasama tersebut ialah bagi mengenalpasti masalah dan menyediakan pelan rancangan bagi mengatasi masalah sampah di ibu negara Itali tersebut.Selain itu,kerajaan Itali sedang berunding dengan beberapa negara Eropah (E-U) bagi memindahkan sampah bagi tujuan pelupusan.Namun,jelas Costa,Kerajaan Itali merancang satu kaedah bagi menangani masalah sampah dalam usaha menggalakan masyarakat kota Rom ke arah kitar semula.Masalah sampah sarap di Rom menjadi isu hangat beberapa minggu ini,berikutan ia mampu memberi ancaman kepada kesihatan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini