Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mengesan masih terdapat nelayan mengabaikan aspek keselamatan dengan tidak memakai jaket keselamatan ketika berada di laut.
 
Pengarah Zon Maritim Kemaman, Komander Maritim Rashidilhadi Abd Rashid berkata, perbuatan itu dikesan pihaknya ketika melakukan rondaan sekitar perairan Terengganu.

Menurut beliau, pihaknya telah melaksanakan kempen keselamatan kesedaran menangkap ikan di laut  bertujuan mendidik nelayan khususnya nelayan bot-bot kecil dan tradisional.

APMM  turut menasihati  nelayan agar tidak turun ke laut buat masa sekarang, ekoran keadaan cuaca yang tidak mengizinkan ketika ini.

Ombak besar dan ribut kencang boleh berlaku bila-bila masa pada musim tengkujuh yang dijangka berakhir Febuari tahun hadapan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini