Pengurusan sebuah masjid di Kampung Padang Setol, Pedu dekat Kedah mengalami kerugian ribuan ringgit selepas bahagian dalam masjid berkenaan terbakar.Ketua Polis Padang Terap, DSP Noh Idris berkata, insiden disedari seorang ahli kariah ke masjid untuk menunaikan solat subuh, SEMALAM sebelum mendapati ada kesan terbakar di hadapan masjid.Hasil pemeriksaan awal mendapati, kebakaran bermula dari atas mimbar masjid sebelum merebak ke karpet bawah mimbar.Paparan skrin yang diletakkan di bahagian atas dinding turut terbakar. Berdasarkan siasatan awal, ia ditinggalkan dalam keadaan pintu tertutup tetapi tidak berkunci dan semua lampu dipadamkan.SETAKAT PETANG SEMALAM, punca kejadian masih disiasat.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini