Inisiatif Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk menjadikan masjid sebagai pusat transit bagi mangsa keganasan rumah tangga disambut baik kerajaan negeri.

Menurut Menterinya, Datuk Seri Rina Mohd Harun, melalui projek itu, mangsa keganasan rumah tangga akan diberikan perlindungan tempat tinggal dan keperluan asas seperti makanan dan minuman. Beliau berkata demikian selepas merasmikan Sambutan Hari Menangani Keganasan Terhadap Wanita dan Majlis Aspirasi Skuad Waja di Kuala Lumpur.

Terdahulu, Masjid Ghufran di Taman Tun Dr Ismail dan Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dipilih sebagai projek rintis untuk tujuan sama.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini