Masjid Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di Kuala Perlis yang baru siap dibina dibuka untuk kegunaan anak kariah dan orang ramai bermula solat Subuh, semalam.
 
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis setuju membenarkan Solat Fardhu dan Solat Jumaat didirikan di bangunan baharu itu.

Ia bagaimanapun perlu dilaksanakan Imam dilantik majlis agama berkenaan.
 
Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menyaksikan penyerahan surat kebenaran operasi kepada Pengerusi merangkap Imam masjid tersebut, Kamarudin Talib.
 
Baginda selaku Yang DiPertua turut menyerahkan sumbangan zakat MAIPs kepada 28 asnaf dalam kalangan anak kariah masjid itu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini