MASkargo muncul sebagai pengendali penerbangan dan terminal kargo pertama di Malaysia menerima pakai platform Pemeriksaan Automatik Bahan Berbahaya (DG AutoCheck) Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) membabitkan penerimaan penghantaran barangan.

Ketua Pegawai Operasinya, Mohd Zulkeflly Ujang menyifatkan penyelesaian digital IATA itu sebagai aset terpenting, terutama dari sudut keselamatan operasi MASkargo.

Dalam satu kenyataan, cabang kargo Malaysia Aviation Group itu berkata, sistem DG AutoCheck itu bakal diguna di Pusat Kargo Termaju miliknya.

Ia sistem penyelesaian digital yang membolehkan pengendali penerbangan, perkhidmatan kendalian darat dan pengangkutan kargo, memeriksa pematuhan Perakuan Barangan Berbahaya (DGD) yang membabitkan semua ketetapan peraturan IATA.

Ia turut memudahkan usaha pengesahan tanda serta label bungkusan membabitkan penghantaran barangan berbahaya.

Berikutan permintaan yang tinggi,  mekanisme digital ini dapat membantu MASkargo mempertingkat prosedur kendalian barangan berbahaya tersebut.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini