Pihak berkuasa membuka kertas siasatan berhubung insiden beberapa individu memasuki Malaysia dari Singapura secara haram seperti tular di media sosial semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Raub Selamat mengesahkan kejadian berkenaan berlaku di laluan tikus berhampiran Bangunan Sultan Iskandar, Johor Bahru.

Siasatan awal menerusi kamera litar tertutup CCTV mendapati, terdapat lima lelaki dan tiga wanita menggunakan laluan berkenaan untuk memasuki negara secara haram.

Tindakan awal telah diambil dengan mendirikan kanopi, dan menempatkan anggota polis bertugas di kawasan kejadian.

Pihak polis juga memasang kawad berduri di lokasi terbabit bagi menghalang laluan tersebut digunakan untuk memasuki sempadan negara.

Individu terlibat diminta tampil ke balai polis untuk diambil keterangan.

Kes disiasat mengikut Seksyen Enam (3) Akta Imigresen 1959/63.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini