Masyarakat Malaysia berbilang agama menyambut tahun baharu 2022 dengan mendoakan kesejahteraan negara serta menghormati penduduk terjejas akibat banjir yang melanda beberapa negeri baru-baru ini.

Rata-rata masyarakat akur dengan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob agar sambutan tahun baharu kali ini dibatalkan sebaliknya diganti dengan solat hajat dan doa selamat. 

Di Putrajaya, Perdana Menteri menyertai lebih 500 jemaah di Masjid Putra untuk bersolat hajat dan berzikir bagi mendoakan kesejahteraan negara sempena tahun baharu 2022.

Beliau tiba di Masjid Putra kira-kira 7.15 malam tadi untuk solat Maghrib diimamkan oleh Imam Besar Masjid Putra, Salahuddin Ghozali diikuti solat hajat.

Ia disusuli bacaan Zikir Istighasah atau memohon pertolongan dan Zikir mMnajat dipimpin oleh selebriti Munif Ahmad.

Bacaan Doa Buatmu Malaysia pula dipimpin Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini