Masyarakat digalak agar mengusahakan tanaman komersil, terutamanya di kawasan berhampiran kediaman masing-masing.

Ini bagi menambah sumber pendapatan, di samping menghadapi kenaikan harga sayur-sayuran di pasaran.
 
Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, pendedahan perlu diberikan kepada para pengusaha, terutama mengenai kaedah dan teknik bertani secara moden.

Ia penting bagi menjamin hasil serta pendapatan yang munasabah dan mampan.
 
Demikian titah saranan baginda ketika melawat Cendawan Kukur Perlis-Beseri Mushroom Farm bersempena program MAIPs Peduli di Kampung Beseri Dalam.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini