Lagi isu ajaran sesat Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT). Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad mengingatkan masyarakat di negara ini agar tidak mudah terpedaya dengan ajaran seumpama itu. Ini kerana isu tersebut bukan sahaja melibatkan soal agama, malah memberi ancaman kepada keselamatan negara.

Jelas beliau, pihaknya akan bekerjasama dengan Jabatan Agama Islam di setiap negeri bagi memantau sebarang ajaran yang menyeleweng daripada ajaran sebenar. Pada masa sama, pihaknya turut berterima kasih atas tindakan pantas Polis Diraja Malaysia yang menahan ketua ajaran itu, semalam.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini