Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) turut menyeru orang ramai supaya bersikap lebih bertanggungjawab dalam melaporkan isu berkaitan kenaikan harga barang.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, ia susulan satu laporan daripada persatuan pengguna yang mendakwa berlaku kenaikan harga barang tanpa memperincikan lokasi premis berkenaan.

Laporan yang disiarkan di sebuah akhbar tempatan pada 23 Oktober lalu itu  boleh menimbulkan persepsi negatif sekali gus, menyebabkan keresahan awam.

KPDNHEP melalui Bahagian Harga Barang Negara (BHBN), sentiasa melakukan pemantauan dan analisis harga barang secara harian, mingguan dan bulanan di premis-premis peruncitan terpilih seluruh negara.

Berdasarkan data BHBN, harga barangan asas termasuk cili dan bawang mengalami penurunan  berbanding Februari lalu.

Libat urus bersama pihak berkepentingan juga dipertingkatkan bagi memastikan harga barang dapat dikawal serta tidak membebankan rakyat.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini