Timbalan Menteri Kewangan II, Yamani Hafez menegaskan, penggunaan matawang kripto bagi tujuan pembayaran matawang kripto seperti Bitcoin dan Ethereum, tidak diiktiraf sebagai matawang yang sah diperlakukan di Malaysia.

Ia juga bukan instrumen pembayaran yang dikawal selia Bank Negara Malaysia, BNM.

Jelas Yamani Hafez, matawang kripto tidak sesuai digunakan sebagai instrumen pembayaran disebabkan ia tidak menunjukkan ciri-ciri universal wang.

Mata Wang Digital Bank Pusat, CBDC merupakan instrumen pembayaran digital yang dikeluarkan bank pusat dan sedang diteroka dan dikaji pelbagai bank pusat di dunia.

Namun, BNM belum memutuskan untuk mengeluarkan CBDC dalam masa terdekat dan akan terus menilai secara aktif potensi CBDC untuk mencapai objektif dasar awam.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini