Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) menyasarkan nilai jualan RM25 juta sempena Pameran MATTA 2021 yang berlangsung pada 20 dan 21 November ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Phua Tai Neng berharap, pameran pelancongan terbesar negara itu dapat menjana semula sektor pelancongan domestik dan antarabangsa, seterusnya memulihkan ekonomi negara.

Sempena pameran tersebut, syarikat penerbangan nasional itu akan menawarkan diskaun sehingga 35 peratus bagi penerbangan ke semua destinasi domestik dan antarabangsa terpilih.

Berlangsung selama dua hari di PWTC, pameran Matta dibuka dari 10 pagi hingga 8 malam dan masuk adalah percuma.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini