Pameran Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia; MATTA Fair, kembali diadakan pada 20 dan 21 November ini, setelah 2 tahun tertangguh berikutan pandemik Covid-19

Berlangsung di PWTC Kuala Lumpur, pameran pelancongan terbesar negara itu akan disertai pelbagai organisasi pelancongan domestik dan antarabangsa. 

Selepas 21 bulan sekatan pergerakan, MATTA Fair akan menjadi penunjuk penting bahawa industri pelancongan semakin pulih dan kembali rancak.

Bagi pameran edisi ke-49 ini, MATTA bekerjasama dengan Legoland sebagai Rakan Taman Tema dan syarikat aplikasi pengangkutan e-hailing, GOJO.

Pameran selama dua hari itu dibuka dari pukul 10 pagi hingga 8 malam dan masuk adalah percuma.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini