Pemandu profesional dan pengacara televisyen, Jessi Combs terbunuh selepas kenderaan enjin jet yang dipandunya kemalangan ketika cubaan memecah rekod dipegangnya sendiri.Jessi, 39, digelar ‘wanita empat roda terpantas’ maut dalam kemalangan kira-kira 4 petang waktu tempatan pada Selasa lalu di Gurun Alvord di Oregon.Mendiang berjaya mencipta rekod dunia baru dengan kelajuan 641 kilometer sejam yang dicatatkannya pada 2013 selepas menjadi pemandu pasukan American Eagle Supersonic Speed Challenger.Jessi cuba memecahkan rekod pelagak ngeri AS, Kitty O’Neil sebagai ‘wanita terpantas dunia’ dicatat pada 1976 menggunakan kenderaan roda tiga di Alvord Desert pada kelajuan 824 kilometer sejam.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini