Kementerian Pengangkutan (MOT) melantik Datuk Roger Tan Kor Mee dan Datuk Wan Kamaruzaman Wan Ahmad sebagai anggota baharu Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) berkuat kuasa Rabu lepas hingga 7 Jun 2025.

Menterinya, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, pelantikan itu diharap dapat membangunkan industri penerbangan ke tahap lebih tinggi di dalam usaha ke arah pemulihan ekonomi.

Datuk Roger Tan yang merupakan peneraju Tetuan Roger Tan and Partners serta ahli Majlis Peguam, tidak asing dalam perkhidmatan awam dengan berkhidmat sebagai perunding luar untuk kerajaan Johor dan kerajaan Persekutuan dalam suatu tempoh yang panjang.

Datuk Wan Kamaruzaman pula pernah berkhidmat sebagai ahli lembaga pengarah beberapa entiti korporat utama di Malaysia, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) dan kini seorang daripada anggota Panel Pelaburan bagi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Datuk Seri Wee Ka Siong turut memaklumkan pelantikan semula Datuk Seri Long See Wool untuk menganggotai suruhanjaya itu berkuat kuasa 1 Mac lepas hingga 28 Februari 2025. Datuk Seri Long See Wool telah berkhidmat lebih 34 tahun dan pernah memegang jawatan Ketua Setiausaha kementerian itu, mula berkhidmat sebagai anggota suruhanjaya sejak 2016.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini