Revolusi teknologi pendidikan kini semakin pesat.

Syarikat telekomunikasi Maxis memperkenalkan aplikasi mudah alih eKelas dengan menawarkan pengalaman pembelajaran digital yang lebih menyeronokkan.

Paling menarik, aplikasi tersebut membolehkan pelajar, guru dan ibu bapa mengakses kandungan digital yang menarik di luar portal e-Kelas, secara mudah dan fleksibel untuk pembelajaran di mana jua.

e-Kelas adalah program komuniti unggul Maxis, sebuah inisiatif pembelajaran digital luar sekolah untuk pelajar Tahun 4 hingga Tingkatan 5 menerusi akses kandungan yang lebih menarik.


Aplikasi mudah alih eKelas telah dilancarkan secara rasmi hari ini oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini