Mayat seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat ditemui dalam sebuah beg di tepi laut di kampung Tanjung Batu Logpond, Tawau, Sabah.

Turut dijumpai, seketul batu seberat 1.2 kilogram yang dipercayai digunakan untuk menenggelamkan beg berkenaan ke dalam laut. 


Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, mayat berkenaan ditemui oleh orang awam pada Selasa lalu.

Pihak pegawai Kementerian Kesihatan telah mengesahkan bayi seberat 1.4-kilogram itu telah meninggal dunia ketika ditemui dan telah dibawa ke Hospital Tawau untuk pemeriksaan lanjut.

Kes masih disiasat dibawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini