Mayat seorang lelaki dipercayai warga asing ditemukan orang awam terapung di dalam tali air di Kampung Pulau Bidin, Pokok Sena, Kedah, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Ahmad Shukri Mat Akhir berkata penemuan mayat dimaklumkan oleh orang kampung ke Balai Polis Langgar kira-kira pukul 3 petang.

Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pokok Sena mengangkat mangsa dari dalam air ke atas batas jalan sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Siasatan awal mendapati berdasarkan keterangan saksi, mangsa yang dipercayai warga Rohingya terjatuh dari motosikal dan lemas di dalam sungai tersebut.

Pihak polis kini sedang mengenal pasti identiti mangsa.

Kes setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini