Dua pelajar Pondok Terusan Limbat yang hilang ketika mandi di Sungai Machang Limbat dekat Pasir Tumboh, Kota Bharu, Kelantan, petang semalam, ditemukan lemas pagi ini.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, ACP Mohd Rosdi Daud berkata mayat Muhammad Zulhafiz Azman, 18, dan Luqman Hakim Azman,16, dijumpai terapung dalam keadaan saling berpelukan pada 8.40 pagi, kira-kira 20 meter dari lokasi mereka dilaporkan hilang.

Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian untuk bedah siasat.

Muhammad Zulhafiz dan Luqman Hakim sebelum ini dilaporkan dikhuatiri lemas selepas kedua-duanya dilihat kali terakhir mandi di sungai itu pada 6.45 petang semalam, sebelum tenggelam.

Kedua-duanya pergi ke sungai berkenaan bersama sembilan rakan lain dan difahamkan jarak antara lokasi kejadian dengan pondok pengajian mereka adalah kira-kira 200 meter.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini