Mayat kanak-kanak lelaki autisme, yang dilaporkan hilang pada petang Ahad lepas di Kampung Rantau Panjang ditemukan awal pagi tadi.

Muhd Ramadhan Muhd Ridhwan, 8 tahun ditemukan terapung di tebing sungai Batu Kawa.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Batu Lintang, Raffy Saibi, mayat mangsa ditemukan tersangkut di pukat milik nelayan tempatan sekitar pukul 7 pagi.

Bagaimanapun, belum dapat dipastikan samada terdapat unsur jenayah ke atas mangsa memandangkan mayatnya ditemukan dalam keadaan sempurna.

Mayat dibawa ke hospital umum Sarawak untuk tindakan lanjut.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini