Mayat kedua mangsa kejadian pelanggaran bot di Sungai Perlis sudah ditemui.

Penemuan pada jam 3.27 petang itu sekaligus melengkapkan usaha mencari dan menyelamat dua mangsa yang dikhuatiri lemas dalam insiden pelanggaran bot pada malam Khamis lalu. 

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew berkata, mayat kedua dikenali sebagai Abdul Rashid Md Derus, 43 tahun, ditemui berhampiran Denai Larian Pengkalan Asam iaitu kira-kira 5 kilometer dari lokasi mayat pertama ditemui.

Mayat mangsa ditemui dalam keadaan masih sempurna dan disahkan oleh majikannya.

Mayat mangsa pertama, Mohd Faizal Hisyam Mat Taib, 39 tahun, ditemui pagi tadi oleh nelayan.

Kedua-dua mayat akan dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk bedah siasat.

Dalam kejadian Khamis lalu, bot dinaiki mangsa bertembung dengan sebuah lagi bot menyebabkan ia karam.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini