Mayat seorang lelaki berusia 20 tahun yang dilaporkan terjatuh ke dalam Sungai Tambun Tulang, Arau, Rabu ditemui kira-kira jam 9.25 semalam.

Mangsa Muhammad Shahril Zohari dari Kampung Gobek, Tambun Tulang dipercayai diserang sawan sebelum terjatuh ke dalam sungai berkenaan bersama motosikal yang ditunggang kira-kira jam 7.30 malam, Rabu lalu.

Menurut Komander Operasi, Penolong Penguasa Bomba, Fhadzil Akmal Abd Majid, usaha mencari mangsa dilakukan sejurus menerima laporan.

Seramai 14 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Arau, Kangar dan Simpang Empat melancarkan Operasi Mencari dan Menyelamat sekitar lokasi.

Operasi SAR turut dibantu 29 anggota Pasukan Penyelamat Di Air, Unit K9, polis dan RELA.

Mayat mangsa ditemui terapung kira-kira sembilan kilometer dari lokasi kejadian dan dibawa ke darat untuk pemeriksaan lanjut.

Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis. Operasi tamat jam 10.55 pagi.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini