Mayat seorang lelaki ditemui di tebing sungai berhampiran Lebuhraya Lingkaran Tengah 2, MRR2 menghala ke Selayang petang semalam.

Ketua Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Roosli Abu Hassan berkata, sejumlah 11 anggota dan dua buah jentera bomba bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan MERS 999 pada jam 4.26 petang.

Menurut polis, mayat tersebut dipercaya seorang lelaki dalam lingkungan 40-an.

Indentiti dan taraf kewarganegaraan mayat tersebut masih belum dikenal pasti.

Mayat tersebut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Operasi tamat jam 6.02 petang.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini